tipu wang bah 2

Kisah yang ini pula aku sendiri yang mengalaminya. Aku mengambil seorang bibik dari Indonesia untuk ibuku yang nak dudok di kampung. Masa tu dah dekat dengan bulan puasa. Nampak gembira jer dia sepanjang dudok dgn ibu. Siap bancuhkan jamu untuk ibu lagi.

Satu hari apabila aku balik kg, ibu kata bibik menangis nk pinjam rm400 untuk keperluan anak2 nak beraya di indon. Aku rasa x sedap hati sebab dia baru sebulan bekerja dah pandai menangis bagai sbb nk pinjam duit. Macam x percaya. Dan aku ragu2 sbb dia menangis tu. Aku keberatan nk bagi. Tapi ibu pujuk minta aku bagi jugak. Kesian.

Dia pon bagi no akaun bank di indon. Nombor tersebut ditulis diatas kertas yg dh renyok skit dan x jelas. Mcm tulis dgn pensil. Aku suroh adik ku, mimi uruskan dgn bank. Bila mimi balik dr bank, mimi kata x tau lah nombor yg bagi tu betul ke tidak. Akak bank pon x dpt nk baca. Dan ada satu nombor yg mmg lgsg x nmpk. Jd akak bank tu bincang ngan mimi nk letak nombor 8 atau 0. akhirnya letaklah nombor 8 .

lps beberapa hari bibik lari. Mgkn sebelah pagi dia bjoging dia dh letak beg kat mana2. Sbb masa dia kluar, x nmpk bwk apa2 pon. Aku nk marah jugak kt ibu sbb mudah sgt pcaya kt orang. Tengok dh dpt duit (sepatutnya 3 bln bekerja baru dpt gaji) terus lari. Tapi ya lh. org tua cepat kesian, tmbah ibu mmg nak sgt seorang bibik. Dan diantara yg hilang ialah jubah2 lawa ibu dan ank buah aku.

Aku geram sangat sampai aku berdoa nk balik duit tu sbb dia menipu. tipu ibu dan tipu aku.Aku buat solat hajat dan setiap lps solat dhuha aku tmbhkn doa nak dptkan balik duit tersebut semula.

Tak lama kemudian aku terima panggilan dari cimb suroh ambil balik duit kerana tiada penerima di indon. Alhamdulillah….. Aku bersegera pergi dgn mimi. Seronoknyer… Alhamdulillah Alhamdulillah… setelah ditolak charge sana sini aku terima rm350. Alhamdulillah. Aku puas hati walaupon x dpt penuh rm400 kerana bibik x berjaya menipu aku. Tengok macamana Allah aturkan. Allah nk tunjuk siapa bibik tu sebenarnyer. Allah dah aturkan semuanyer. Dari nombor akaun yg x jelas smpailh dia lari dari rumah ibu.

3 hari lps tu, bibik meraung2 dalam talipon mintak selamatkan dia. Dia berada di selangor. Katanya dia kena kurong. Ibuku yg jawab talipon pon kata padan muka nak menipu sangat. Mungkin saat tu dia dah tahu yg duit yg dikirim x sampai.

Bercerita ttg bibik xkan habis. Sebulan lepas pon bibik ibu lari. yang ni pun cuba tipu tp x berjaya.

Mayang: aku mencari redha Mu ya Allah.. dan masih mencari

Advertisements