rawatan kanser: satu lg alternatif

Oleh kerana ramai jgk yg response kpd artikel ttg daun belalai gajah ,  maka saya bg lg satu alternatif utk perubatan kanser.  kanser ni susah skit nk kata. Kdg2 nmpk mcm dh elok, tapi tiba2 penyakit tu dtg semula. Tp  ada jgk yg betol2 semboh. X kurang yg separa sembuh. Begitu lh jgk dgn suami. Baru ni ct scan dn keputusan didapati ada semula kanser tsebut. Sedangkn suami dh makan semua yg pntg2 dulu tu.dan ingat semakin sembuh, semakin sembuh.

Adik suami bertanya kpd seorang rakan cina tmpt dia belikn susu peptamen dan ensure dulu tu. Miss tu mengesyorkan rawatan di penang iaitu herba india- ayurveda .katanya ramai pesakit kanser yg pergi ke sana. Termasuklah abangnya sndiri. Tp siapkan rm500 sekali pergi.  Dia tunjukkan kad, dan adik ipar td ada pulak seorg lg kwn yg tahu tmpt tu berdasarkn alamat yg tertera pd kad rawatan. Kebetulan rakannya itu mmg asal org penang.

Maka jumaat tu kami pon pergi bersama kwn adik td. Namanya mael. Dia bwk betul2 smpai ke klinik tersebut.  Ramai jugak. Tp sebenarnya x ramai sbb yg meramaikan tu ialah anak2 n cucu2.   Semuanya bangsa cina.x lama pastu ada seorang lelaki melayu masuk.  

Selepas  jumpa doktor,aku  dudok kt bangku yg dekat ngan kaunter supaya dengar jelas bila nama dipanggil utk byr. Aku dudok sebelah lelaki melayu td. Lelaki tu tanya smbil tunjuk ke arah suami, sakit apa…? aku kata, kanser. Dia kata dia pon sama  jugak kanser. Dh 4 thn dia berulang kat klinik itu. Ubat sini bagus, katanya. Aku nk bertanya lagi, tp kaunter girl dh panggil. Rm 280. Ubat air dan pil. Tp bila cmpur duit minyak,, makan di rnr, jumlah hmpir rm 500. Ubat tu hanya utk 2 minggu shj. Proses x lama pon. Lebih kurang sejam, selesai semua dgn ubat sekali.  

Setiap 2 minggu kena dtg lagi… aku x tau nk komen apa setakat nie  krn baru 2 kali pergi. Keadaan suami mmg lemah bila first time dtg ke klinik ini.  Tapi oleh krn doktor hospital yg operet dulupon dah  suruh cr alternatif kerana sepnjg suami mengikuti proses rawatan , doktor dh bagi yang paling kuat. Jd bila kanser dtg semula, dh xde ubat lg yg hosp boleh bg. maka setakat ini, inilah yg ada. X tau lh berapa lama nk berubat kt sini mmandangkan kos pun.. hmmmm x boleh tahaaaannnn. Tp yg menguatkan kami nk terus pergi tu krn lelaki melayu yg kami temui di klinik tu yg dh 4 thn berubat yg berkata ubat situ elok.aku pegang kpd kata2nyer atas pengalamannya sndiri.

Sekarang terpulang kpd semua. Saya faham perasaan sdra sdri apabila memberi respon kpd entry belalai gajah, dengan ahli keluarga sendiri yg mengidap kanser.  Sebenarnyer ada byk alternatif kpd ubat2an. Cuma keserasian ubat dan pertolongan Allah jua untuk sembuh. 

bila mohon pertolongan Allah, jangan……

Bila mohon pertolongn Allah swt. Kita jgn fikir cara apa Allah akan menolong. Serah saja kpdNya.

Awal tahun ini aku dan suami pergi ke imigresen utk renew paspot. Pagi tu suami tidor dulu lps solat suboh dan bgn lewat. Pening, katanya. Aku pon x terkata apa w/pun dlm hati berkata2. Klu lmbt nnt orang dh ramai. Puaslah nk tunggu nnt.

Sebelum pergi suami dh pesan suruh bc “robbi yassir walaa tu a’ssir , ya kareem”. Sampai diimigresen dh t/hari. Kol 1.x boleh nk cerita punyalah ramai manusia. Mujor dh amek gmbr siap2.tinggal nk isi borang shj.  Jd cepat jugak nk amek no. Tp nombornyer…… jeng jeng jeng….. 210. Masa tu baru nmbr 98. Kami turun makan. Bila naik smula jam 1.50  baru nomot 106. Isyy lmbt sunggoh. Mcmni kol brape kita nk balik?

Kami tunggu ditmpat menunggu di luar. Puas tengok orang lalu lalang, yg mcari tmpt dudok, yg baru nk amek gmbr,,,  aku dh x larat nk tgk nmbr yg naik … sedihh…

Sambil menunggu kami asik baca  doa permudah urusan Robbi yassir wala tu assir baca berulang kali   Bila baca aku asik pndg nombor. Tp hampa… aku teringat 4 thn lalu bila aku baca doa n jg di imigresen, nmbr cpt naik sbb staf mkn ramai dudok di kaunter. Di luar ni aku x nmpk brape org staf yg btugas hari tu. Maklumlah minggu cuti raya.. mgkn ramai yg amek cuti. Jam dh pukol  2.30. Aku heran kali ni knp x cpt mcm dulu?   Knp Allah x tolong kali ni? Tp cpt2 aku beristighfar, x baiik…  burok sangka ngan Allah. Dh mmg dijangka pon lmbt sbb dtg pon lmbt. Nk marah suami , kesian pulak. Orang x sihat, nk wat cmner

 

20130430_204405

Tiba2 suami menegur seseorang yg dikenali. Orang tu pon berhenti dn brsembang ngan suami. Katanya dia bekerja di situ. Rakan sesama belajar  dgn suami.  Dia pon ambil borang n paspot lama kami dan bw masuk ke dlm. X lama lps tu  dia pon kluar tnpa apa2 di tangannyer. Eh kosong jer… aku berkata dlm hati. Dia pon berkata “ jom”  pada kami berdua. Kami pon bangun dan ikut dia. Aku sangkakan  dia nk ajak minum. Tp kami lalu lps satu pintu, pas satu pintu. Suami kata kita ni ikut pintu blakang.  Maka smpailah kami ke satu ruang yg besar, cantik, siap sofa lagi. Ooh tmpat VIP rupanya, jadi kami pon terus buat paspot di situ . Masa masuk blk vip tu aku tgk jam kol 2,45 dan selesai semua jam 3.15. Nk cop ibu jari guna komp tu pon lmbt.  Patutlh urusan lmbt. Jd nmbor naik pon lmbt.  Pastu terus minum di kantin. Laa td masa mkn, kami x tau nk cari kantin di mana.  Makan aje di kedai yg berhampiran. Alhamdulillah semua selesai siap dgn paspot di tangan lagi.

On the way balik, singgah solat di masjid smbil aku terfikir   patutlah orang2 yg alim slalu kata, , bila kita berdoa mohon pertolongan Allah, kita jgn fikir mcmana Allah nk tlg kita,  pertolongan akan dtg tanpa di duga. Caranya pon kita  x duga. Mcm kami td, Allah dtgkan kwn suami utk tolong kami. Sedangkan yg aku nmpk klu Allah nk tlg, nombor tu akan naik cpt. Tp bila difikirkn balek,klu nom naik cpt pon, masih lmbt sbb urusan tu mmg lmbt. Tgk aje kami td nk siapkan  2 paspot pon dlm stgh jam. Agaknya klu x dtg ptlgan Allah td, pukol brape kami akan balek? Malam? sbb masih ramai yg ambil no slps kami td.

Seminggu slpas tu suami pergi mesyurat, tjumpa seorang yg sama2 nk buat paspot dgn kami hari tu, Dia dtg lewat drpd kami.  suami pon ty, pukol brapa dia selesai. Diaa kata x selesai pon. Kena dtg esoknyer utk ambil paspot.

Begitulah cerita aku kali ni. Ada yg bertanya mcmana aku amalkan doa tersebut. Ya aku baca 30x lps solat terutama lps solat suboh. X mis. Lps solat2 lain tu kdg2 aku x smpt nk baca. Nk cpt.dan bila2  rasa susah, aku akan baca.

mimpi ikan

nr20121114_171538.jpgorang tua2 kata mimpi ikan bermakna rezeki. tp bukanlah ikan yg besar dan yang bersengat.

suami bermimpi menangkap ikan yang banyak dengan menggunakan kedua2 belah tangan dan masukkan ke dalam bekas. dalam pada itu suami memilih hanya ikan yg disukai sahaja diambil. yg x mau dilepaskan kembali ke dalam air.

x lama kemudian suami dapat elaun (kampung2  punya). suami rasa dia x layak ambil kerana sejak x sihat mmg x ada apa2 program yg di buat. tp oleh krn penghulu suruh ambil jugak mk, suami pon ambil. ambil sebahagian shj. sebahagian. lagi suami serahkan kpd JK kg utk buat kenduri sempena mesy bahagian.

gmbr sekadar hiasan

itulah tafsiran  mimpi suami berkenaan ikan yg diambil separuh dan dibiarkan separuh/ wallahualam

air zam zam

20130125_191308

 

Dah bertong-tong air zam zam yg aku beli. Drpd botol gelen smpai lah ke botol bulat. Semasa beli yg botol gelen mula2 tu aku rasa payau skit mcm rasa air zamzam yg org2 bwk balik dr haji/ umrah. Setelah beberapa tong, aku mula rasa mcm minum air biasa pulak. Tak lama kemudian, ustad bgtau yg dia berhentikan dahulu penjualan sbb ada berita ttg air zam zam palsu.
Pastu x lama kemudian ustad jual semula. Kali ni botol baru, bulat.

 

20130125_113048

 

Mula 2 aku beli mmg lah ada rasa payau2 skit. Aku percaya mmg air zamzam. Tapi selepas beberapa botol, aku mula rasa cam dulu balek cam air mineral, suami yg ketika itu di sahkan kanser minum jugak krn dia kata tak kan org nk tipu air zamzam. Dlm hatiku kata, org kira apa… janji untung.. duit nyer pasal. . aku x kata yg ustad tu tipu. Tapi syarikat / orang persorangan yg membotolkan tu lah…dan aku masih beli w/pun aku rasa tertipu kerana kesian kt suami yg sakit. Nk minum jugak…
Satu hari seorang rakan yg baru balik dr umrah beri sebotol kecil air zamzam . siap bgtau “ air nie utk suami akak tau, bkn utk akak… huh u… klu pun dia bg aku, tergamak ke aku nk minum sedangkan suami x sihat ketika itu. Aku pun letak atas meja suami.
Tapi lps seminggu aku tgk air tu masih di atas meja. Aku suruh suami minum. Dia hanya mengangguk. Tapi x minum jugak. Sebenarnya dia asik termenung mana x nyer sedang dirinya belum pulih sepenuhnyer, tiba-tiba emak meninggal.

Sebenarnyer aku duduk sekali ngan mertua. Aku, suami dan kedua2 mertua. Arwah emak mertua banyak membantu.sewaktu suami x larat, arwah sediakan bermcm2 makanan. Sebut saja…. Siap. Tiba2 selepas dua hari emak masuk hospital, emak meninggal.. suami paling sedih di atas pemergian ini. Katanya, dia masih memerlukan emak.
Bermacam2 yg difikirkan suami sampai x diminumnyer air zamzam itu…
Sampailah suatu malam, dia bangun utk buang air kecil . kemudian terus minum air tersebut…… dia terus beritahu aku : haaa Inilah air zamzam yg betul… ada rasa payau sikit. yg bertong2 sebelum ni bukannn… suami pon dh x bagi aku beli lagi air zamzam yg dijual sana sini. Itulah pengalaman aku dengan air zamzam yg dijual. . air zamzam pon org nk cari untung .. diletaknyer air mineral/ air minuman tp di tulis air zamzam. Ntah lh mcm2 cara ………….bayangkn klu air biasa byk tu dijual dlm rm10, tp bila di kata air zamzam jadi rm120.  tak taulah …. tp inilah pengalaman minum air “zamzam” bergelen2.mcm2 rasa ada.  Wallahualam

Kalimah ‘InsyaAllah’.

Selalu kita mendengar suara-suara menyebut kalimah InsyaAllah.  Tapi adakah yang menyebut itu memahami maksud sebenar kalimah ini. Ada yang benar-benar ikhlas apabila menyebut nya, dan ada yang lebih kurang sahaja menyebut kalimah ini. Yang malu-malu nak menyebut pun ada. Kalimah ini bermaksud jika diizinkan Allah. Bermakna kita menyerah segala urusan kita di hari-hari mendatang kepada Allah swt.  Kerana kita tak tahu apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita hamba2 Nya. Apa yang Allah nak bagi kepada kita dan apa yang Allah nak ambil daripada kita.

 

Sebab itu ada kalanya kita tak dapat menunaikan janji walaupun kita berusaha untuk menunaikannya.. kadang2 pula kita dah merancang sebaik2nya tetapi tiba2 tidak dapat melaksanakannya. . Itu semua ketentuanNya. Salah satu kisah yang masih saya ingat berkaitan dengan kalimah ini  ialah tentang nabi Sulaiman as.

 

Nabi Sulaiman  memiliki 60 orang isteri . Satu hari nabi Sulaiman berkata kepada dirinya, “Aku akan meniduri isteri-isteriku yang seramai 60 orang ini secara bergilir-gilir dalam satu malam. Kemudian sudah tentu, semua isteriku ini akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki . Dengan demikian dapatlah aku membentuk satu pasukan berkuda untuk berjuang dan berperang di jalan Allah.”

 

Maka nabi Sulaiman pun meniduri isteri-isterinya secara bergilir dalam satu malam sahaja. Malangnya daripada 60 orang isterinya itu, hanya seorang yang mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.

 

Rasulullah SAW apabila menceritakan  dan mengulas semula kisah Nabi Sulaiman a.s. ini kepada sahabat dalam suatu majlis ilmu. bersabda, “Seandainya Nabi Sulaiman menyertakan azam atau hasratnya itu dengan kata-kata ‘insya Allah’ (jika Allah menghendak/mengizinkani), sudah tentu semua 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah sebagaimana yang diharapkannya.”

 

Begitulah  besarnya kalimah Insyaallah . amalkan lah dengan penuh keikhlasan dan menyerah  segala urusan kepada Allah swt.

 

doa dipermudah urusan: rabbi yassir wa la tu assir yaa karim

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي

rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr ,aameen.

Ini adalah doa untuk memudahkan urusan. Ramai yg tahu dan mengamalkan akan doa ini.doa ini diberikan oleh seorang kwn baik yg ku lihat segala urusannya berjalan dengan baik. Dia telah mengamalkan sejak di bangku sekolah lg.  sedang urusanku slalu mengalami kesulitan.

Aku pun mengamalkannya. Tapi aku dapati urusan ku semakin susah. Salah satunyer  di sebuah hospital swasta.  aku membaca doa ini .bila dh nk smpai giliranku doctor tersebut keluar. Ada kecemasan. Walhal dr tadi aku tgk dktr tu x kluar2. Itu peristiwa yg aku masih ingat apabila aku mengamalkan doa ini.

Kemudiannya aku bertanya adik ku yg juga mengamalkan doa ini. Katanya doa yg dia dpt hanyalah rabbi yassir wa la tu assir, ya karim. Tu sajer. Akupon amalkan yang ini pula… Cuma x baca sambungannyer. Alhamdulillah sehingga kini memang setiap kali aku membaca doa ini, urusanku akan dipermudahkan..

Dan aku kini  mengamalkan selepas solat suboh dan bila2 masa aku rasa kesulitan . Klu berurusan di kaunter terlalu lama menunggu,  bila aku baca doa ini, kaunter yg kosong tadi diduduki staf yg sepatutnyer. Jadi urusan semakin cepat.  Ketika nk melintas, aku slalu teragak2 terutama di simpang. Bila aku baca doa ini, sekejap tu jlnraya clear. Klu aku teringat nk baca sebelum kluar, lagi senang. Smpai disimpang, xde satu kereta  pun.

satu lagi sewaktu suami operet, bila nk masuk air, faham2 lah nk cucok kt tangan… aduhhh suami jenis x thn sakit. berapa kali cucok x dpt. doktor pon try x dapat. ada misi lelaki pulak nk try, aku pon baca rabbi yassir wa la tu assir ya karim 3 kali. terus dpt masuk jarum.

Skrg ni  apa2 hal pon jika aku dapati susah, aku  akan baca dioa ini. Alhamdulillah   Allah dah semakin permudahkan urusanku

gmbr sekadar hiasan.