Syria oh syria

Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau yg mengetahui apa yg telah, sedang dan yg akn berlaku di bumi syria. Sedang hambaMu ini tidak mengetahui apa2. Mungkin Engkau nk menunjukkan sesuatu?.

Ya Allah segala yg berlaku adalh di dalam pengetahuan Mu. Apa yg Engkau kehendaki pasti terjadi dan apa yg tidak Engkau kehendaki pasti pula tidak akn terjadi. Sesungguhnya Allah meliputi segala sesuatu dgn ilmuNya.

Ya Allah aku x tahu mcmana doa yg terbaik utk saudara2ku di sana. Ya Allah sepertimana aku berdoa pdMu utk mmberi aku kebaikan dimana jua aku berada begitu juga aku memohon pdMu ya Allah agar Engkau berikan kebaikan dimana jua mereka berada …baik yg masih berada di bumi Syria, ataupun yg sedang dlm perjlanan ke negara asing utk meneruskn hidup,w/pun x pasti apa yg berada di depan mereka . maupun yg  berada di kemah2 pelarian . Mereka hamba2Mu yg sentiasa menyebut namaMu. Tolonglh mereka ya Allah,tolonglh mereka ya Allah, tolonglh mereka ya Allah. Ampunilah mereka.

**kebanyakn gmbr diatas diambil dr fb syriacare malaysia.

Advertisements

dari buku……..

Image

 

Dh lama x berblog. Baru2 ni terbaca buku karya  Imam Al ghazali bertajuk Di Balik tabir Kematian.

Ada banyak yg boleh dikongsikan di sini. Namun mayang bkn jenis yg nk menulis pnjg2. Jadi mgkn boleh lh kata artikel ini sebagai  bah 1.

Dipetik dari bab 3 Dahsyatnya Sakaratulmaut Dan Yang Mesti Dilakukan Saat Itu

Kisah para nabi menghadapi sakarul maut

a)      Diriwayatkn bahawa Rasulullah s.a.w  biasa berdoa:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mencabut nyawa dari urat2, punggung dan hujung2 jari. Ya Allah , maka tolonglh aku atas kematian, dan ringankan lah aku dalam menghadapinya.”

                                                                                (hadis riwayat Ibnu Abi Dun-ya)

 

b)      Dalam sebuah riwayat , ketika Nabi Ibrahim a.s meninggal dunia, Allah Ta’ala bertanya kepadanya, “Bagaimana kamu rasa kematian wahai kekasihKu?” Ibrahim menjawab, “Seperti  sebuah besi pengait yang dimasukkan ke dalam gumpalan bulu yang basah, kemudian ditarik.” Allah berfirman: “ itu kerana Kami sudah meringankannya untuk dirimu.”

 

c)       Ketika roh Nabi Musa a.s menuju ke hadirat Allah S.W.T , Allah bertanya kepada nya “wahai Musa, bagaimana kamu mendapati kematian?” Ia menjawab, “Aku mendapati diriku laksana seekor burung pipit yang dipanggang hidup2 diatas pemanggang. Ia tidak mati agar terbebas dari rasa sakit, dan tidak juga boleh terbang untuk menyelamatkan diri.”

 

d)      Nabi s.a.w ketika berada di ambang kematian, baginda memasukkan tngan ke dalam segelas air lalu baginda mengusapkannya ke wajah seraya berdoa  “ Ya Allah ringankanlah atasku sakaratulmaut “. ( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Setelah malaikat maut mencabut nyawa orang yg telah smpai ajalnya, apakah yg dilakukan seterusnya?

Al Hasan al Bashri berkata “Setiap hari malaikat maut memeriksa setiap rumah sebanyak 3 kali. Ia mencabut nyawa orang yang telah cukup rezekinya dan telah sampai waktunya. Selesai nyawa orang itu dicabut, ia ditangisi dan diratapi oleh anggota keluarganya. Lalu sambil memegang daun pintu, malaikat maut berkata, “Demi Allah , aku tidak memakan rezekinya, tidak menghabiskan usianya dan tidak memendekkan ajalnya. Aku akan selalu kembali dan kembali lagi ke tengah2 kalian, sampai tidak ada seorang pon diantara kalian yang tinggal.”

Al hasan melanjutkan, “Demi Allah, seandainya mereka boleh melihat tempat malaikat maut berdiri dan mendengar ucapannya, nescaya mereka akan melupakan jenazah orang tersebut dan menangisi diri sendiri”

Dalam halaman 228, ada satu doa( drpd Asy-Syafi’i rahimahulla yang  menghadapi masalah yg membuatkan hatinya  sakit dan pedih. Hanya Allah Ta’ala yg tahu akan penderitaannya 

Ya Allah, aku tidak berkuasa mendatangkan bagi diriku sendiri suatu manfaat, mudharat,kematian,kehidupan dan kebangkitan kembali. Aku hanya boleh menerima apa yang engkau berikan  kepadaku dan aku tidak boleh berlindung selain dengan perlindunganMu. Ya Allah, bimbinglah aku  dalam perkataan dan perbuatan yang Engkau sukai dan Engkau redhai dalam keadaan selamat.”

Bacalah doa ini berulang kali. Sekian utk kali ini.

rawatan kanser: satu lg alternatif

Oleh kerana ramai jgk yg response kpd artikel ttg daun belalai gajah ,  maka saya bg lg satu alternatif utk perubatan kanser.  kanser ni susah skit nk kata. Kdg2 nmpk mcm dh elok, tapi tiba2 penyakit tu dtg semula. Tp  ada jgk yg betol2 semboh. X kurang yg separa sembuh. Begitu lh jgk dgn suami. Baru ni ct scan dn keputusan didapati ada semula kanser tsebut. Sedangkn suami dh makan semua yg pntg2 dulu tu.dan ingat semakin sembuh, semakin sembuh.

Adik suami bertanya kpd seorang rakan cina tmpt dia belikn susu peptamen dan ensure dulu tu. Miss tu mengesyorkan rawatan di penang iaitu herba india- ayurveda .katanya ramai pesakit kanser yg pergi ke sana. Termasuklah abangnya sndiri. Tp siapkan rm500 sekali pergi.  Dia tunjukkan kad, dan adik ipar td ada pulak seorg lg kwn yg tahu tmpt tu berdasarkn alamat yg tertera pd kad rawatan. Kebetulan rakannya itu mmg asal org penang.

Maka jumaat tu kami pon pergi bersama kwn adik td. Namanya mael. Dia bwk betul2 smpai ke klinik tersebut.  Ramai jugak. Tp sebenarnya x ramai sbb yg meramaikan tu ialah anak2 n cucu2.   Semuanya bangsa cina.x lama pastu ada seorang lelaki melayu masuk.  

Selepas  jumpa doktor,aku  dudok kt bangku yg dekat ngan kaunter supaya dengar jelas bila nama dipanggil utk byr. Aku dudok sebelah lelaki melayu td. Lelaki tu tanya smbil tunjuk ke arah suami, sakit apa…? aku kata, kanser. Dia kata dia pon sama  jugak kanser. Dh 4 thn dia berulang kat klinik itu. Ubat sini bagus, katanya. Aku nk bertanya lagi, tp kaunter girl dh panggil. Rm 280. Ubat air dan pil. Tp bila cmpur duit minyak,, makan di rnr, jumlah hmpir rm 500. Ubat tu hanya utk 2 minggu shj. Proses x lama pon. Lebih kurang sejam, selesai semua dgn ubat sekali.  

Setiap 2 minggu kena dtg lagi… aku x tau nk komen apa setakat nie  krn baru 2 kali pergi. Keadaan suami mmg lemah bila first time dtg ke klinik ini.  Tapi oleh krn doktor hospital yg operet dulupon dah  suruh cr alternatif kerana sepnjg suami mengikuti proses rawatan , doktor dh bagi yang paling kuat. Jd bila kanser dtg semula, dh xde ubat lg yg hosp boleh bg. maka setakat ini, inilah yg ada. X tau lh berapa lama nk berubat kt sini mmandangkan kos pun.. hmmmm x boleh tahaaaannnn. Tp yg menguatkan kami nk terus pergi tu krn lelaki melayu yg kami temui di klinik tu yg dh 4 thn berubat yg berkata ubat situ elok.aku pegang kpd kata2nyer atas pengalamannya sndiri.

Sekarang terpulang kpd semua. Saya faham perasaan sdra sdri apabila memberi respon kpd entry belalai gajah, dengan ahli keluarga sendiri yg mengidap kanser.  Sebenarnyer ada byk alternatif kpd ubat2an. Cuma keserasian ubat dan pertolongan Allah jua untuk sembuh. 

bila mohon pertolongan Allah, jangan……

Bila mohon pertolongn Allah swt. Kita jgn fikir cara apa Allah akan menolong. Serah saja kpdNya.

Awal tahun ini aku dan suami pergi ke imigresen utk renew paspot. Pagi tu suami tidor dulu lps solat suboh dan bgn lewat. Pening, katanya. Aku pon x terkata apa w/pun dlm hati berkata2. Klu lmbt nnt orang dh ramai. Puaslah nk tunggu nnt.

Sebelum pergi suami dh pesan suruh bc “robbi yassir walaa tu a’ssir , ya kareem”. Sampai diimigresen dh t/hari. Kol 1.x boleh nk cerita punyalah ramai manusia. Mujor dh amek gmbr siap2.tinggal nk isi borang shj.  Jd cepat jugak nk amek no. Tp nombornyer…… jeng jeng jeng….. 210. Masa tu baru nmbr 98. Kami turun makan. Bila naik smula jam 1.50  baru nomot 106. Isyy lmbt sunggoh. Mcmni kol brape kita nk balik?

Kami tunggu ditmpat menunggu di luar. Puas tengok orang lalu lalang, yg mcari tmpt dudok, yg baru nk amek gmbr,,,  aku dh x larat nk tgk nmbr yg naik … sedihh…

Sambil menunggu kami asik baca  doa permudah urusan Robbi yassir wala tu assir baca berulang kali   Bila baca aku asik pndg nombor. Tp hampa… aku teringat 4 thn lalu bila aku baca doa n jg di imigresen, nmbr cpt naik sbb staf mkn ramai dudok di kaunter. Di luar ni aku x nmpk brape org staf yg btugas hari tu. Maklumlah minggu cuti raya.. mgkn ramai yg amek cuti. Jam dh pukol  2.30. Aku heran kali ni knp x cpt mcm dulu?   Knp Allah x tolong kali ni? Tp cpt2 aku beristighfar, x baiik…  burok sangka ngan Allah. Dh mmg dijangka pon lmbt sbb dtg pon lmbt. Nk marah suami , kesian pulak. Orang x sihat, nk wat cmner

 

20130430_204405

Tiba2 suami menegur seseorang yg dikenali. Orang tu pon berhenti dn brsembang ngan suami. Katanya dia bekerja di situ. Rakan sesama belajar  dgn suami.  Dia pon ambil borang n paspot lama kami dan bw masuk ke dlm. X lama lps tu  dia pon kluar tnpa apa2 di tangannyer. Eh kosong jer… aku berkata dlm hati. Dia pon berkata “ jom”  pada kami berdua. Kami pon bangun dan ikut dia. Aku sangkakan  dia nk ajak minum. Tp kami lalu lps satu pintu, pas satu pintu. Suami kata kita ni ikut pintu blakang.  Maka smpailah kami ke satu ruang yg besar, cantik, siap sofa lagi. Ooh tmpat VIP rupanya, jadi kami pon terus buat paspot di situ . Masa masuk blk vip tu aku tgk jam kol 2,45 dan selesai semua jam 3.15. Nk cop ibu jari guna komp tu pon lmbt.  Patutlh urusan lmbt. Jd nmbor naik pon lmbt.  Pastu terus minum di kantin. Laa td masa mkn, kami x tau nk cari kantin di mana.  Makan aje di kedai yg berhampiran. Alhamdulillah semua selesai siap dgn paspot di tangan lagi.

On the way balik, singgah solat di masjid smbil aku terfikir   patutlah orang2 yg alim slalu kata, , bila kita berdoa mohon pertolongan Allah, kita jgn fikir mcmana Allah nk tlg kita,  pertolongan akan dtg tanpa di duga. Caranya pon kita  x duga. Mcm kami td, Allah dtgkan kwn suami utk tolong kami. Sedangkan yg aku nmpk klu Allah nk tlg, nombor tu akan naik cpt. Tp bila difikirkn balek,klu nom naik cpt pon, masih lmbt sbb urusan tu mmg lmbt. Tgk aje kami td nk siapkan  2 paspot pon dlm stgh jam. Agaknya klu x dtg ptlgan Allah td, pukol brape kami akan balek? Malam? sbb masih ramai yg ambil no slps kami td.

Seminggu slpas tu suami pergi mesyurat, tjumpa seorang yg sama2 nk buat paspot dgn kami hari tu, Dia dtg lewat drpd kami.  suami pon ty, pukol brapa dia selesai. Diaa kata x selesai pon. Kena dtg esoknyer utk ambil paspot.

Begitulah cerita aku kali ni. Ada yg bertanya mcmana aku amalkan doa tersebut. Ya aku baca 30x lps solat terutama lps solat suboh. X mis. Lps solat2 lain tu kdg2 aku x smpt nk baca. Nk cpt.dan bila2  rasa susah, aku akan baca.

rezeki x dtg menggolek

Pepatah org tua2 melayu kata:  rezeki x kan dtg menggolek.

 Pepatah org putih lak.. God gives every bird its food,
but He does not throw it into the nest

Bermakna  kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yg di hajat.

Sepertimana kisah 

(i)                         Siti Mariam (ibu nabi isa as)  apabila datang malaikat  dan berkata: Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu. Untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci.”

Maka Maryam mengandung, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma.

Malaikat datang dan berseru

Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugur dan bersenang hatilah kamu. 

 Maka siti maryam pon menggoyangkan pohon kurma itu dan gugurlah buah2 kurma.

Mengapa Allah tidak beri sahaja buah kurma kepada Siti maryam yang dalam keadaan  melahirkan sebaliknya disuruh berusaha jugak  iaitu menggoyangkan pohon kurma tersebut utk mendapatkan tenaga .

 

(ii) kisah Siti Hajar

Nabi Ibrahim as telah diperintahkan untuk membawa isterinya siti Hajar(ibu Nabi Ismail), sewaktu Ismail as masih menyusu  dan   meninggalkannya di   sekitar padang pasir(yang luas) tidak ada seorangpun yg tinggal di mekah kala itu . Kemudian Nabi Ibrahim pergi meninggalkan tempat itu

Sementara Hajar tetap menyusui anaknya dan minum dari air yang telah di sediakan oleh Nabi Ibrahim as. Sehngga habis bekalan,maka ia merasa haus dan begitu pula anaknya.   kemudian ia pergi  mencari air. Ia naik ke bukit shafa’, sebuah bukit yang terdekat. Kemudian ia melihat sekeliling lembah dari atas bukit itu,sekiranya ia menemukan air. Tetapi ia tidak melihat air. Kemudian ia turun dari bukit shafa dan berlari2 menuju bukit marwa.
Ia berdiri di atas bukit dan mengarahkan pandangannya ke sekelilingnya kalau kalau ia melihat air, tetapi ia tidak menemukannya. Hajar melakukan hal itu 7 kali.

Ketika Hajar berada di bukit Marwa (untuk yang ke 7 kalinya), ia mendgar suara yang mengatakan “Tenanglah” yang di tujukan kepada dirinya. Ia memperhatikan suara itu dan ia mendgrnya lagi,kemudian ia berkata,”suaramu telah terdengar,sekiranya engkau membawa air maka tolonglah kami.”

Kemudian datang Malaikat yang menggerak2an tanah dekatnya dgn menggunakan tumitnya atau dengan sayapnya,sehingga keluarlah air zamzam. Kemudian Hajar berusaha untuk mengeluarkan air itu dan membatasinya dengan tangan serta mengisi ke dlm bekas.kemudian  mata air itu mengeluarkan air dengan derasnya.

Allah yang memerintahkan agar siti hajar dibiarkan disitu . kenapa Allah x terus tunjukkan di mana air zam zam tersebut? kenapa terpaksa pula siti Hajar berlari ulang alik 7 kali utk mdapatkan air . satu utk memberitahu kita bhwa  kita perlu berusaha sbgmana kisah Siti Maryam yg menggoncang pohon kurma bg mdptkan mknan. dan kedua perbuatan ulang alik sebyk 7 kali ini Allah nk jadikan sebagai satu ibadah iaitu saie

 

suatu perkahwinan

Semua orang dah tahu akan berita perkahwinan bekas jaguh bina badan negara DATUK  MALEK NOOR  56   dengan ,  Dr Wan Asma Wan Ismail 52, kepada Pakar Pediatrik bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu pada 12 march 2012 baru-baru ini. dengan mas kahwin senaskah Al-quran . tiada wang hantaran diberikan kepada pengantin perempuan, ini kerana menurut Dr Wan Asma, beliau tidak memerlukan wang hantaran untuk majlis perkahwinan mereka, Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah tu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat..

Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda setelah berpisah dgn suami seorang pakar perunding jantung.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Tarikh 12 Mac ini dipilih kerana ia memberikan makna tersirat buat Datuk Malek Noor,  Ketika menunaikan umrah 12 Mac tahu lalu saya memohon kepada Allah agar mempertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, dan Alhamdulillah dimakbulkan.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.
Dr Wab Asma adalah seorang anak jati Kelantan yang dilahirkan di Machang, Kelantan. Beliau merupakan seorang Doktor dan Pakar Perunding Kanak-kanak yang berpengalaman. Setelah menerima ijazah pertamanya MD (Doktor Perubatan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di United Kingdom.dan kemudiannya dibidang kesihatan kanak2.

 

semoga bersama di dunia dan di akhirat

happy couple… semoga bahagia

antara jemputan……

                                                                                                                  wou… meriah bersama anak cucu

Mayang: kadang2 hairan jgk apabila berlaku perpisahan apabila anak2 dh besar, yg bekerja, yg dh berkahwin dsg. tapi itulh yg di katakan  takdir dan jodoh

Sebenarnyer berkahwin diusia ini  lebih kepada ingin berteman bukannyer hendakkan wang ringgit, rupa paras dan sebagainya.. klu sakit kan elok ada yang temankan.ke hospital. Xlah sorang diri dok tunggu giliran. bila balek keje ada seseorang  untuk kita luahkan /berbicara.

Kita berdoa agar pasangan ini hidup bahagia dan saling mencintai satu sama lain dan sentiasa berada dalam landasan yang diredhai…