tipu wang bah 2

Kisah yang ini pula aku sendiri yang mengalaminya. Aku mengambil seorang bibik dari Indonesia untuk ibuku yang nak dudok di kampung. Masa tu dah dekat dengan bulan puasa. Nampak gembira jer dia sepanjang dudok dgn ibu. Siap bancuhkan jamu untuk ibu lagi.

Satu hari apabila aku balik kg, ibu kata bibik menangis nk pinjam rm400 untuk keperluan anak2 nak beraya di indon. Aku rasa x sedap hati sebab dia baru sebulan bekerja dah pandai menangis bagai sbb nk pinjam duit. Macam x percaya. Dan aku ragu2 sbb dia menangis tu. Aku keberatan nk bagi. Tapi ibu pujuk minta aku bagi jugak. Kesian.

Dia pon bagi no akaun bank di indon. Nombor tersebut ditulis diatas kertas yg dh renyok skit dan x jelas. Mcm tulis dgn pensil. Aku suroh adik ku, mimi uruskan dgn bank. Bila mimi balik dr bank, mimi kata x tau lah nombor yg bagi tu betul ke tidak. Akak bank pon x dpt nk baca. Dan ada satu nombor yg mmg lgsg x nmpk. Jd akak bank tu bincang ngan mimi nk letak nombor 8 atau 0. akhirnya letaklah nombor 8 .

lps beberapa hari bibik lari. Mgkn sebelah pagi dia bjoging dia dh letak beg kat mana2. Sbb masa dia kluar, x nmpk bwk apa2 pon. Aku nk marah jugak kt ibu sbb mudah sgt pcaya kt orang. Tengok dh dpt duit (sepatutnya 3 bln bekerja baru dpt gaji) terus lari. Tapi ya lh. org tua cepat kesian, tmbah ibu mmg nak sgt seorang bibik. Dan diantara yg hilang ialah jubah2 lawa ibu dan ank buah aku.

Aku geram sangat sampai aku berdoa nk balik duit tu sbb dia menipu. tipu ibu dan tipu aku.Aku buat solat hajat dan setiap lps solat dhuha aku tmbhkn doa nak dptkan balik duit tersebut semula.

Tak lama kemudian aku terima panggilan dari cimb suroh ambil balik duit kerana tiada penerima di indon. Alhamdulillah….. Aku bersegera pergi dgn mimi. Seronoknyer… Alhamdulillah Alhamdulillah… setelah ditolak charge sana sini aku terima rm350. Alhamdulillah. Aku puas hati walaupon x dpt penuh rm400 kerana bibik x berjaya menipu aku. Tengok macamana Allah aturkan. Allah nk tunjuk siapa bibik tu sebenarnyer. Allah dah aturkan semuanyer. Dari nombor akaun yg x jelas smpailh dia lari dari rumah ibu.

3 hari lps tu, bibik meraung2 dalam talipon mintak selamatkan dia. Dia berada di selangor. Katanya dia kena kurong. Ibuku yg jawab talipon pon kata padan muka nak menipu sangat. Mungkin saat tu dia dah tahu yg duit yg dikirim x sampai.

Bercerita ttg bibik xkan habis. Sebulan lepas pon bibik ibu lari. yang ni pun cuba tipu tp x berjaya.

Mayang: aku mencari redha Mu ya Allah.. dan masih mencari

nak jual susu peptamen

oleh kerana suami x jd kemo, maka mayang ingat mayang nk jual lah susu peptamen  yg ada nie. ada 1 tin sahaja. tarikh luputnyer 21.03.2013. lambat lg… sesiapa yg berminat bolehlah beli.. harga special. beli dulu rm 80 lebih. tp nk jual rm 70 sudahlah. x termasuk pos ya….. hmmm perasan mcm lah ramai yg mbaca blog ni.. ha ha

nampak x tarikh luputnyer?  x nmpak nk wat camner ek.. oh ya, susu nie bukan utk orang yg nk kemo sajer,, malah utk orang strok pon.

kue… kue

ada perumpamaan untuk kue2 berikut:

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri= Kuih bangkit
kuih org x mandi= BAU-LU
kuih paling tenteram= Kuih makmur
kuih paling lembap= Kuih siput

credit to: anti kanservitamin  B17

                    

 

 

 

          

 

        

 

terlior pulak tgk kue2 diatas. teringat ketika posting di tganu, selalu beli kue cek mek. sedapp!. Bila balik seremban, x de dh. makan kue keria semula. dua2 dbuat  drpd keledek. bezanya gula keria di luar, tp gula cek mek di dalam.

kue bangkit pula feberet masa hari raya. x pernah tinggal…l begitu jg kue  samprit.

First time buat kue ketayap, mak aii, gemok! tebal sgt tepong. gulong pun mcm org xde skill. ha ha….

kue bahulu – feberet my mom. buat sendiri guna kayu api. bila dh lama dudok, maka berbaringlah my mom nie. alasannyer….. nk luruskan pinggang. masih on sampai skrg. tp dh xleh terima tempahan. x berdaya.

bila anak raja kahwin….

Rakyat seronok melihat perkahwinan diraja.  betul ke? mayang jawab,  YA…

lihat foto di bawah:

Perkahwinan puteri jawa baru-baru ini.

Lihat pula bagaimana aksi orang ramai untuk melihat puteri raja dengan lebih dekat:

 

Perkahwinan Putera William:

dan lihat sambutan rakyat british terhadap putera tersebut:

cukuplah 2 cth perkahwinan. sajer nk tunjuk mcmana seronoknyer klu dapat lihat pengantin diraja  secara live/

kisah mandi bunga n mandi limau

Aku ni jenis yg biasa jugak mandi bunga ni sebab selalu sgt berubat kampong. Tujuan mandi bunga ni untuk membuang ‘sial’ kata bomoh.  Tapi biasanyer org mandi bunga utk mdptkan jodoh

Semasa dok berkumpul bersama geng bujang dulu dulu Kak Tee, Kak Ina , Kak Mah dan aku kami masing2 bercerita pengalaman mandi bunga. Kata kak tee mula2 berubat dulu, cuma guna bunga 3 jenis. X lama pastu, naik pulak 5 jenis, diikuti 7. x jgk sampai jodoh. Berubat lg, selain bunga kena tambah limau nipis plk.  Drpd 1 biji naik ke 3 serangkai, 5 serangkai.  Mudah kata semakin meningkat umur, dos pun bertambah. Masing2 kami setuju w/pun berjumpa bomoh yg berlainan.

Ikut petua, seelok2nya bunga nie kita petik sendiri Mungkin kerana jk petik sendiri kita boleh baca selawat dulu ataupun doa semasa petik bunga itu…

Teringat kisah kak Mah, sewakrtu kaktee bw jumpa bomoh di tempat lain plk (mereka pergi bertiga dgn kak ina)  Disamping mandi air cucur atap, kena mandi limau  juga. K Tee nk marah pd kak mah masa tu krn kak mah bawa limau manis yg biasa org makan tuuu…  kata kak tee, bomoh tu pun mcm nk marah jer…

Ttg kak tee pula, dia sebenarnya waktu tu sdg berkwn dgn mat salleh.  Bila kak tee beri air botol yg dah dijampi bomoh utk diminum, ha… nah kau!……. Sebotol tu diteguk oleh mat salleh tu.  Yalah, dia mana tau air apa….

Tak lama pastu, kaktee kawin aku dgr kak ina pun dah berkawin dgn suami org dan dah tambah anak plk. Dgn suami dulu dah ada 3 org. La ni x taulah berapa org pula . Kak mah masih single dan masih berkawan ngan suami org lagi.

Itulah kenangan mandi bunga, limau dgn rakan . Bila teringat nak tegelak pun ada. Kalau boleh nk tau di mana  kaktee skrg. Nampak social tp ok jgk utk dibuat kawan.

Oklah.. nampaknya setakat nie dulu. …. Mayangberseri