Kalimah ‘InsyaAllah’.

Selalu kita mendengar suara-suara menyebut kalimah InsyaAllah.  Tapi adakah yang menyebut itu memahami maksud sebenar kalimah ini. Ada yang benar-benar ikhlas apabila menyebut nya, dan ada yang lebih kurang sahaja menyebut kalimah ini. Yang malu-malu nak menyebut pun ada. Kalimah ini bermaksud jika diizinkan Allah. Bermakna kita menyerah segala urusan kita di hari-hari mendatang kepada Allah swt.  Kerana kita tak tahu apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita hamba2 Nya. Apa yang Allah nak bagi kepada kita dan apa yang Allah nak ambil daripada kita.

 

Sebab itu ada kalanya kita tak dapat menunaikan janji walaupun kita berusaha untuk menunaikannya.. kadang2 pula kita dah merancang sebaik2nya tetapi tiba2 tidak dapat melaksanakannya. . Itu semua ketentuanNya. Salah satu kisah yang masih saya ingat berkaitan dengan kalimah ini  ialah tentang nabi Sulaiman as.

 

Nabi Sulaiman  memiliki 60 orang isteri . Satu hari nabi Sulaiman berkata kepada dirinya, “Aku akan meniduri isteri-isteriku yang seramai 60 orang ini secara bergilir-gilir dalam satu malam. Kemudian sudah tentu, semua isteriku ini akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki . Dengan demikian dapatlah aku membentuk satu pasukan berkuda untuk berjuang dan berperang di jalan Allah.”

 

Maka nabi Sulaiman pun meniduri isteri-isterinya secara bergilir dalam satu malam sahaja. Malangnya daripada 60 orang isterinya itu, hanya seorang yang mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.

 

Rasulullah SAW apabila menceritakan  dan mengulas semula kisah Nabi Sulaiman a.s. ini kepada sahabat dalam suatu majlis ilmu. bersabda, “Seandainya Nabi Sulaiman menyertakan azam atau hasratnya itu dengan kata-kata ‘insya Allah’ (jika Allah menghendak/mengizinkani), sudah tentu semua 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah sebagaimana yang diharapkannya.”

 

Begitulah  besarnya kalimah Insyaallah . amalkan lah dengan penuh keikhlasan dan menyerah  segala urusan kepada Allah swt.

 

doa dipermudah urusan: rabbi yassir wa la tu assir yaa karim

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي

rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr ,aameen.

Ini adalah doa untuk memudahkan urusan. Ramai yg tahu dan mengamalkan akan doa ini.doa ini diberikan oleh seorang kwn baik yg ku lihat segala urusannya berjalan dengan baik. Dia telah mengamalkan sejak di bangku sekolah lg.  sedang urusanku slalu mengalami kesulitan.

Aku pun mengamalkannya. Tapi aku dapati urusan ku semakin susah. Salah satunyer  di sebuah hospital swasta.  aku membaca doa ini .bila dh nk smpai giliranku doctor tersebut keluar. Ada kecemasan. Walhal dr tadi aku tgk dktr tu x kluar2. Itu peristiwa yg aku masih ingat apabila aku mengamalkan doa ini.

Kemudiannya aku bertanya adik ku yg juga mengamalkan doa ini. Katanya doa yg dia dpt hanyalah rabbi yassir wa la tu assir, ya karim. Tu sajer. Akupon amalkan yang ini pula… Cuma x baca sambungannyer. Alhamdulillah sehingga kini memang setiap kali aku membaca doa ini, urusanku akan dipermudahkan..

Dan aku kini  mengamalkan selepas solat suboh dan bila2 masa aku rasa kesulitan . Klu berurusan di kaunter terlalu lama menunggu,  bila aku baca doa ini, kaunter yg kosong tadi diduduki staf yg sepatutnyer. Jadi urusan semakin cepat.  Ketika nk melintas, aku slalu teragak2 terutama di simpang. Bila aku baca doa ini, sekejap tu jlnraya clear. Klu aku teringat nk baca sebelum kluar, lagi senang. Smpai disimpang, xde satu kereta  pun.

satu lagi sewaktu suami operet, bila nk masuk air, faham2 lah nk cucok kt tangan… aduhhh suami jenis x thn sakit. berapa kali cucok x dpt. doktor pon try x dapat. ada misi lelaki pulak nk try, aku pon baca rabbi yassir wa la tu assir ya karim 3 kali. terus dpt masuk jarum.

Skrg ni  apa2 hal pon jika aku dapati susah, aku  akan baca dioa ini. Alhamdulillah   Allah dah semakin permudahkan urusanku

gmbr sekadar hiasan.

wasiat Nabi Adam a.s

 

Hati seseorang adalah petunjuk kepada suatu pekerjaan yang akan dilakukannya. Kerana itu sudah sepatutnya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakan. Kalau di rasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah. Sebaliknya kalau tidak, tinggalkanlah.

Menurut riwayat dalam kitab Syarah Al-Arba’in Al-Nawawiyah, bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang- orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya jangan memakan buah yang terlarang itu.

 

: credit to: alivewire