cubaan2 menipu wang

Kali ni Mayang nk berkongsi tentang cobaan2 menipu wang . Kisah pertama…
perkahwinan di jalankan /di aturkan oleh rakan . Sang suami berniaga baragan siam. Selepas 2 bulan perkahwinan, sang suami membawa sang isteri ke bank. Katanyer nama dh blacklist jadi x boleh buat loan. Sang isteri dalam keadaan serbasalah setuju akhirnya. Pinjaman berjumlah rm 12000 atas nama sang isteri. Rupanya sang suami menjual van besar untuk membeli sebuah van kecil. Duit jualan van besar adalah membayar wang muka van kecil (second) dan kegunaan peribadinya sendiri.

Selepas 2 bulan, sang suami bernikah lagi 1. wanita seberang. Kebetulan sang isteri keguguran. Maka sang isteri dihantar ke rumah salah seorang keluarga sang isteri. Kata sang suami x sempat nk hntr balik ke kg kerana nk balik indon mlm tu jugak. Hancur luluh hati sang isteri hanya Allah saja yg tahu. Sepanjang di kg, sang suami lansung x menjenguk si isteri. Sang suami leka dengan isteri dari indon. Sang isteri dh mula rasa yg perkajwinan itu hanya kerana nakkan wang sang isteri kerana sang isteri bekerja. Sang suami jugak ada meminjam wang sejumlah rm3000 drpd sang isteri utk renovate rumah yg baru dibeli.

Satu hari, datang panggilan dari bank untuk sang isteri. Bank mintak sang isteri bayar hutang van tersebut. Sang isteri kata x mau kerana van tu hanya sang suami yg guna dan skrg dh dudok dgn bini ke 2. Sang isteri mcadangkan agar van tersebut ditarik. Pegawai bank kata klu jual belom tentu boleh cover hutang. Sang isteri kata x apa. Dia akan bayar jumlah yg x cukup asal hatinya x sakit sakit sakit. Lagipon sang isteri langsung x keluarkan satu sen pon utk van tersebut.

Tak lama kemudian bank telefon lagi. Mengatakan bahawa van tersebut x boleh di tarik. Dh beberapa kali pergi ke alamat rumah tsebut ttpi tiada van yg kelihatan. Sang isteri pon menelifon adik iparnya. Adik iparnya kata van tu masih ada. Cuma balik lewat malam dan pagi dlm pukol 11 van tu dh keluar. Sang isteri kol bank dan bgtau supaya tarik pada awal pagi. Hari ni sang isteri kol bank, esoknya pagi2 van tersebut dah ditarik. Van tersebut ditarik semasa orang taman tersebut sebok nk pergi kerja. Itu kata si adik ipar.

Sang isteri berasa lega bila van dah ditarik. X lama lepas tu ada panggilan dari lelaki cina yg kata nak” tolong”. X tau dari mana org ni dpt nombor tel sang isteri, lelaki tsebut mencadangkan sang isteri utk bayar dlm rm2000 supaya van tersebut dpt keluar dr bank tapi lelaki tersebut akn simpan dulu van itu dlm 2 bln. pastu barulah sang isteri boleh ambil semula van tersebut. Kegilaan apakah ini….. kata lelaki itu lg, harga van yg dilelong oleh pihak bank adalah tlalu rndah

Sang isteri merasakan ada komplot dari sang suami dgn lelaki keparat itu. Apabila lelaki itu kol lg, maka sang isteri pon bgtau yg dia nk serahkan kpd bank. Berapa bank nk jual tpulang. Lelaki tu pon dh x kol sang isteri lg selepas itu. Sang isteri dh beberapa kali kol sang suami supaya byr hutang. Sang suami diam sahaja. Sang isteri pon lakukan solat hajat agar wang rm3000 dipulangkn semula. Tiap2 mlm sang isteri lakukan solat hajat. Sementara tu ahli keluarga sang isteri dh mula btanya knp x mntak cerai saja mmndangkn sang suami pon dh kawin lain dan dh x kisahkan sang isteri. Sebenarnya kata sang isteri dia bpendapat selagi masih ada hubungan suami isteri maka lg senang nk dptkan balik wang tsebut.

X lama kemudian bank kol mntak dtg ambil baki jualan van tsebut. Terkejut sang isteri terus btanya jumlah. Kata bank hampir 3 ribu. X terkata betapa bsyukurnya sang isteri. Sang isteri membayangkan sang suami akn balik dan pulangkan selepuk rm3000 tapi rupernyer ini cara yg Allah bagi. Walaupon x cukup sedikit jumlah hutang tetapi sang isteri redha. Banyak tu jer rezeki yg Allah nk bagi. Bila dah selesai ambil wang tersebut sang isteri terus failkan perceraian.

Kisah dua….. (akn bsambung)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s