mimpi – tafsiran drp pengalaman

kali ni  nak bercerita tentang mimpi dan tafsirannya dari pengalaman aku sendiri dan juga mereka yang telah menceritakan mimpi mereka kepadaku.

Sebenarnya tafsiran mimpi ini telahpun ada dlm blog yg dahulu. Tp sbb lama x update, blog tu pon dh tiba expired date.

(i)                 beg tangan hilang. Mimpi ini berulang dalam beberapa bulan. 5 bulan kemudian ayah ku meninggal dunia. Selepas itu aku tidak lagi bermimpi hilang beg tangan.. rupa-rupanya beg tangan adalah benda yang dekat dengan kita.  Jadi bila mimpi hilang, bermakna kita akan kehilangan orang yang terdekat dengan kita. Wallahualam…

(ii)               kerap mimpi kucing.  Kucing masuk dalam rumah. Puas aku menghalau… Pernah mimpi kucing putih , gebu bawah katil ku.  Akhir sekali aku mimpi kucing banyak … atas bumbung rumah, diluar rumah…tapi semuanya hampir mati dan mati. aku buang kucing mati  di tempat  pembuangan  sampah.  Selepas itu  aku tidak bermimpi lagi kucing, dan aku pun perasan bahawa badanku rasa semakin sihat. Kawan-kawan ramai yang tegur kata aku nampak ceria.   Aku terbaca buku karya Datuk Dr Harun Din ,tanda-tanda orang yang terkena buatan orang ataupun jin, salah satunya bermimpi kucing.. Bila aku ceritakan kepada adikku, dia kata seorang kawannya mempunyai adik lelaki yang terlantar di hospital dan selalu bermimpi kucing. Wallahualam…

(iii)             Seorang rakan pernah bermimpi kutu satu badan. Seorg ustazah bertanya adakah dia ada lakukan solat hajat. Dan dia mngakui. Menurut ustz itu, mimpi tersebut menunjukkan apa yg dihajati itu x setimpal dgn amalannya. Maka rakanku itupun boleh dikatakan setiap malam melakukan solat hajat beserta wirid2 skali.

(iv)             kadang-kadang mimpi menunjukkan keadaan kita pada masa itu.  Pernah seorang kwn Mar setiap kali bermimpi mesti dalam keadaan  tidak berkasut atau kata lain, berkaki ayam. Pada masa itu Mar  ditakdirkan telah berpisah dengan suaminya. Dan mimpi tersebut berterusan sehinggalah berkahwin dengan suaminya sekarang. Bermimpi kasut ada tafsirannya pada aku….  Kasut adalah pakaian kita dan ianya berpasang.  jadi apabila bermimpi x berkasut, bermakna xdelah pasngan kita……. Wallahualam…

(v)               mimpi terpijak lumpur. Tafsirnya x elok. Jika byk lumpur yg terkena kaki atau kasut, bermakna lamalah akan mengalami nasib x baik.  Yg di maksudkan x baik itu mgkn apa yg kita nak x dapat.

(vi)             Ibuku setiap kali mengandungkan kami adikberadik akan bermimpi; jk anak perempuan ,  mimpi bunga dan jk anak lelaki, maka mimpi  pungut buah.

(vii)           Jika mengandung mimpi keluar haid, bermakna gugur kandungan.

Berhubong dgn solat istikharah pula,

(viii)         Kawanku ada buat solat istikarah dan bermimpi mengambil wuduk di rumah lelaki (yg melamarnya) kemudian dia ternampak seekor ayam jantan. Dan kawanku itu menerima lelaki tersebut. Mimpi ayam… ayam jantan sifatnya berkokok, mengejutkan orang untuk solat suboh (tafsiran seorang ustazah)

ix)             Aku pernah bermimpi memberi makan ayam tp ayam  tersebut x mau. Heran aku ayam x mau makan. X lama menunggu, datang seekor ayam tinggi putih dan dikepalanya juga kelihatan putih. Aku beri makan, ia mcm tersenyum jer. Aku pergi, dia ikut.  Akupun dah lupa akan mimpi tersebut  kemudiannya aku berkahwin .  Suamiku suka berkopiah putih. Aku x perasan sehinggalah suatu hari  dia bersiap-siap hendak ke kenduri kahwin. Aku mmandg dia . mcm aku teringat sesuatu. Barulah aku teringat akan mimpi ayam berkepala putih. Rupanya suamiki lelakiyg suka berkopiah putih. Alhamdulillah…. InsyaAllah inilah jodohku… dunia dan akhirat.

(x)               Seorang rakan, A dilamar seorang anggota tentera. dia melakukan solat istikharah.  Dlm mimpinya, dia menaiki rakit. Air laut tenang. Tiba-tiba air laut berombak dan rakitnya patah.

A  kemudiannya berkahwin juga dgn  seorang anggota tentera tersebut. ..Dua tahun mmg masa bahagia. Kemudian mereka dikurniakan anak lelaki.  Sepanjang perkahwinan,si suami memberikan duit nafkah rm 200.//. Apabila sudah mempunyai cahaya mata, si isteri, A, merasakan tidak cukup duit belanja yg diberikan. Mulalah bergaduh siang malam  dan akhirnya mereka bercerai   Setelah bercerai, mereka naik mahkamah pula sbb si suami nk hak penjagaan anak. A buat solat hajat dan minta juga kwn2 tolong buatkan solat hajat. Ditakdirkan Allah, belum habis perbicaraan, si suami meninggal dunia (x ingat pulak sbb apa). Maka gugurlah tuntutan secara otomatik. X tau plk A berkahwin semula atau tidak.

(xi)             Seorang kawan, N, slps buat solat istikharah, bermimpi dia tenggelam dalam laut. Tiba2 dtg kwn lelaki (suami yer skrg)  menyelamatkan nyer. Dukong N naik ke daratan.Wouu!! bestnyer mimpiii…… Yg nie x de cerita sbb lps kawin, terus lost contact. Tp rasanyer.. eloklah tu. Mudah2an bahagia ke akhir hayat. Sbb klu tgk dlm mimpi tu, si suami sbg penyelamat.

(xii)            L buat solat istikharah apabila ada seorang duda melamarnyer.L bermimpi dia nk masuk ke satu tmpt tp dilarang oleh seorang perempuan gemuk, berkulit putih. . Siap bwk rotan lagi. Tapi L menyusup masuk jgk.

L berkahwin jgk  w/pun hatinyer takut2 sbb mimpi tersebut, tp oleh krn tidak tahu maksud mimpi tersebut, maka dia terima jgklah si duda.. Duda tersebut kata, itu arwah isterinyer.

Setelah berkahwin, kata L. mula2 dia tgk gambar arwah isteri suami nyer semua gelap sikit. Dan x nampak samer dgn yg dlm mimpi tersebut sehinggalah satu hari L kemas almari kecil bwh meja solek. Byk frame gambar. L tarik satu. Alangkah terkejutnyer L. gambar yg ditariknyer itu sebijik ruper perempuan yg dlm mimpi dia. Mmg gambar arwah isterinyer . Diambil di luar rumah. Jadi nmpk terang ruper arwah tu. . Mcm nk jatuh frame gambar tersebut dr tgn L.

Selepas dua bulan berkahwin, suaminyer mula asik ke  Indon.kdg2 besama kwn2 nyer.Adajgk dia pi sendiri. Lama kelamaan dia sendiri beritahu kpd L yg dia nk kawin dgn perempuan Indon yg dikenali sblm berkahwin dgn  L lagi. (Itu yg ditunjukkan dlm mmpi di atas)

Suaminyer kemudian berkahwin dgn indon tersebut dan L kembali  dudok di rumah sewa. Dlm pada itu dia bertemu dgn seorg alim. Dan kemudian nyer slps buat solat hajat, L bermimpi  melihat kapal berpusing2 di lautan dan kelihatan suaminyer sbg nakhoda kpl tersebut. Dan kapal itu akhirnya terbakar. Fahamlah L yg jodoh nya hanya takat itu shj.

Spt pepatah Inggeris,  perkahwinan ibarat sebuah pelayaran. Kapal adalah rumahtangga dan suami sbg nakhoda ( ketua rumahtangga).

(xiii)          Orang tua2 kata mimpi makan x elok. Sy pernah mimpi makan sampai licin pinggan. Lebih kurang 2 bulan  kemudian mimpi yang sama, makan smpai licin pinggan lagi.  Sebelum tu ada jugak mimpi hampir nak makan, tapi terjaga, x smpat makan. Banyak kali.jugak mimpi nk makan tp x smpat.  Tp akhirnyer bermmpi jugak makanan masuk dlm mulut.

Tak lama pastu, aku kena bisol dipunggung. Mulanya x kisah sgt. Pi klinik, doktor kata bisol x bermata. Kebetulan suami pi kursus ditgnu masa tu..  3  kali jumper doktor.  makin doktor  cucok, makin sakit bisol tu. sampai menangis aku tido mlm2. Bila suami balik dr kursus, dh terok sangat sampai x leh berjalan lagi. Bile berjalan terasa macam bawak telur di celah peha tu.

Suami bawa  ke hospital swasta, aku target doktor cuma bagi krim untuk kecutkan.Tapi sebaliknyer , doktor kata kena operet.  Ptg tu terus operet. Nanah yg kluar tu  ada dlm semangkuk ,kata doktor.  Kata doktor lagi, nanah tu dh nk sampai ke usus.  Orang utara kata penyakit ni. Barah peracut.

Maka duduklah aku dihosp tersebut,. Lebihkurang 10 hari,.bukan apa yg lama tu,sebab  nk kena cuci,dan satu lagi, aku pakai medikal kad. Kita cuma byr pendaftaran dan 10% drpd kos nanti

Dh 2 tahun kejadian ini berlaku.  Sebenarnyer hingga skrg pun aku blum elok betul lg. Klu duduk lama, terasa jgk lenguh, sakit. Tp aku dh malas nk dok hsptl.

Suamiku pernah mimpi makan. . x lama lps tu dia kena hujan. Dan mlm tu, kaki dan tangannyer tersentak, bkn sikit tapi sampai terangkt tangan n kakinyer. Dia lngsg x sedar.  Dan sentakan itu akan berterusan hingga pagi. Aku  yg tgk amat takut… bila crita,dia x cayer.  Mlm esoknyer aku rakam dlm video hfon nyer..  Dia pun terkejut biler melihat. Sbb dialngsung x sedar akan sentakan tersebut.  Setiap kali di apergi berurut,  dia akan tunjukkan video tsebut.  Sentakan itu semakin berkurang hingga kini. X sembuh spt sediakala pun cuma setiap kali berubat, sentakan itu berkurang. .  Tapi yg aku heran, klu tido siang, x pulak tersentak.  Dh 3 tahun ianyer berlaku.

Kita cuma boleh kata mimpi itu petanda  dari Allah ataupun mainan tidor. Tapi klu  benda nk terjadi. Kita  pun x boleh nk elak sbb x tahu apa2  yg nk berlaku slps bermimpi seperti itu ..seeloknyer jika ragu-ragu ttg mimpi eloklah bertanya kpd orang-orang yg alim.  kita boleh berdoa semoga dijauhkan daripada perkara2 yg tidak baik tapi kalau Allah dh kata jadi, maka jadilah jugak. (kun fayakun)Wallahualam.

6 thoughts on “mimpi – tafsiran drp pengalaman

  1. Wah Kalau Istriku Mimpi Aku Kawin Lagi Maknanya Apa Ya ???

  2. salam. jaga2 ya kalimat cinta. org tua2 kata klu mimpi kawin maknanyer .._ _ _ _. kata org tua2. sajer. semoga dijauhkan drpd perkara2 yg x baik. teringat kakak sy dulu. bermimpi kawin. esoknyer dia berhati2 sungguh. smpai nk mlintas jln smpai 10 kali pndg kiri kanan,. itu cerita 20 thn dahulu. skrg ni dh pencen dh

  3. fatten says:

    Selama ni saya berdoa dgn tuhan agar kawinkan sya dgn org yg saya cntai..tba2 saya bermimpi saya bersama dya melihat kucing..kucing 2 melihat kami..apa makna nya erk?

  4. wer says:

    subhanallah menarik..

  5. Elly says:

    Mohon pencerahan. Sy telah bermimpi memeluk dgn seorg lelaki yg sgt menyerupai rkn sekerja sya & dia membalasnya. Bila sedar, saya merasa terkejut cos he’s younger than me. Pada mlm kedua, sya bermimpi pula kucing jantan warna putih yg cantik & manja mengekori sya ke mn sahaja sehingga sy memberikannya susu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s